Berita

Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans - "Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang"

gempak
ZULHILMI JALIL
08/09/2020
05:12 MYT
Sponsor Banner
Peguam Balu Abam Tegur Ejen Insurans - "Jangan Ambil Kesempatan Buat Pemasaran Atas Penderitaan Orang"
Kes kemelut tuntutan harta yang melibatkan antara balu arwah Abam dan keluarganya terus mendapat perhatian ramai pihak sehingga ke hari ini.
Begitupun, apa yang menyedihkan apabila difahamkan wujud pihak-pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan menjadikan kes tersebut sebagai 'modal' melariskan perniagaan mereka, terutamanya dalam kalangan ejen insurans.
Menyedari hal tersebut, peguam Fadhlina Siddiq yang mengendalikan kes balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Bahkan, katanya, dia menggesa pihak-pihak yang terlibat untuk menghentikan menjadikan kes anak guamnya itu sebagai salah satu rujukan untuk melariskan.
"Kepada ejen-ejen takaful dan hibah, jangan ambil kesempatan buat pemasaran atas kes-kes sebegini.
"Buat pemasaran yang tidak ada asas dan fakta. Hanya menggunakan penderitaan dan kesusahan orang lain.
"Apa yang dilakukan itu salah dari segi moral. Hentikanlah...beri ruang untuk proses keadilan kepada semua pihak," katanya kepada Gempak.
Fadhlina daripada Fadhlina Siddiq & Associates merupakan peguam yang mengendalikan kes faraid dan hak jagaan anak balu arwah Abam.
Sebelum ini, sejak kemelut tuntutan harta peninggalan Abam, di media sosial, difahamkan banyak pihak yang cuba menjadikan kes tersebut sebagai kes rujukan bagi melariskan produk insurans dan hibah.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menasihati netizen untuk menghentikan segala komen-komen yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Saya nasihatkan orang ramai jangan sebar atau komen jika tak pasti kerana fakta-fakta kes akan dibentangkan di dalam mahkamah.
"Jangan buat andaian-andaian liar dan tanggapan. Kita serahkan kepada mahkamah kerana prosiding sudah bermula. Jangan ada kacau ganggu, hormat proses mahkamah," pesannya.
Semalam, peguam sivil, Mohamed Ibrahim Mohamad turut menafikan dakwaan yang mengaitkan anak guammya ada memfailkan saman terhadap ibu mentuanya seperti yang didakwa pihak tertentu.
BACA: "Tidak Ada Saman Terhadap Ibu Ali, Sebaliknya Kami Disaman Sivil" - Peguam Isteri Arwah Abam
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live