Peguam Dakwa Kematian Maradona Kerana Petugas Kecemasan Lambat Bertindak
Azwa Rahman
27/11/2020 06:41 MYT
27/11/2020 06:41 MYT
Kematian legenda bola sepak, Diego Maradona didakwa berpunca daripada kecuaian pasukan kecemasan yang lambat bertindak, tegas peguamnya, Matias Morla.
Menerusi laman sosial Twitter, Morla berkongsi satu kenyataan meluahkan perkara itu.
“Ia tidak munasabah mengapa rakan saya (Maradona) tidak diberikan perhatian selama 12 jam, walaupun ada petugas yang telah ditugaskan melakukan kerja-kerja itu,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Berikutan itu, Morla menuntut siasatan penuh dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian bekas pemain dan pengurus pasukan Argentina itu yang sehingga kini dilaporkan akibat serangan jantung.
Bekas pemain tengah Argentina itu mengalami serangan jantung di rumahnya di Buenos Aires.
Maradona sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.
Beliau diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sepanjang zaman, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.
Sumber: Astro Awani