,
Hiburan

Peguam Maklumkan Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar

Asyikin Mayudin
27/08/2024
06:35 MYT
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar pada hari ini.
Bagaimanapun Azmi berkata dia dimaklumkan Ira Kazar baru sahaja melantik peguam dan tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor.
Berikutan itu, Syamsul juga tidak hadir ke mahkamah dan sebutan kes perceraian akan dilanjutkan pada tarikh baharu.
“Hari ini sepatutnya Syamsul dah bersedia untuk melepaskan Ira. Tapi saya dimaklumkan pada malam tadi, Ira baru saja melantik peguam dan tidak dapat hadirkan diri untuk sebutan kes hari ini.
“Apa-apa pun, kita tunggu keputusan mahkamah dan kemungkinan hakim akan menetapkan tarikh baharu untuk sebutan kes. Sekiranya Ira tidak bersetuju untuk bercerai, kes berkemungkinan akan dilanjutkan ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP),” ujarnya kepada Gempak pada Selasa.
Pada 19 Ogos, Azmi mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.
Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.
Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan penceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.
Hiburan

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:37 MYT
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Selasa mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah, Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
Hiburan

Syamsul Yusof, Ira Kazar Hadir Ke Mahkamah Bagi Kes Pengesahan Lafaz Cerai Taklik

gempak
05/09/2024
01:36 MYT
Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof tiba di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor bagi kes perbicaraan pengesahan lafaz cerai taklik pada Khamis.