Pejabat PM Nafi Muhyiddin Akan Jalani Rawatan Kanser, Umum Perutusan Khas 6 Petang Ini
Maliah Surip
11/01/2021 09:20 MYT
11/01/2021 09:20 MYT
Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialaminya selain pelantikan seorang timbalan perdana menteri adalah tidak benar dan berniat jahat.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata Muhyiddin telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawatnya.
Selain itu, kenyataan itu turut memaklumkan khabar angin yang menyatakan bahawa akan ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar.
Sebelum ini, terdapat portal berita melaporkan ada anggota kabinet dijangka akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi memberi ruang kepada Muhyiddin untuk menjalani rawatan di Singapura.
Sementara itu, seperti yang dilaporkan sebelum ini, perdana menteri akan menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 6 petang ini.
Menerusi catatan di laman Facebook beliau, perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran stesen televisyen tempatan iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Pada Jumaat, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perdana Menteri akan membuat pengumuman khas hari ini mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan, berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 yang menunjukkan trend peningkatan.
Sejumlah 2,433 kes harian baharu COVID-19 dilapor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif ialah 135,992 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 27,332 kes.
Sumber: BERNAMA