Pek Kanak Kanak Astro Diberi Nafas Baharu 15 Disember, Disney Tamat Siaran Akhir Tahun
Maliah Surip
12/12/2020 03:45 MYT
12/12/2020 03:45 MYT
Demi memastikan kualiti kandungan rancangan yang dipersembahankan kepada penonton sentiasa menarik, Astro mengumumkan bahawa Pek Kanak-kanak (Kids Pack) akan diberikan nafas baharu untuk generasi muda di Malaysia.
Astro memperkenalkan dua saluran hiburan baharu yang menarik, serta 10,000 episod On Demand untuk rancangan kegemaran kanak-kanak mulai 15 Disember 2020.
Agnes Rozario, Pengarah Kandungan di Astro dengan bangga memperkenalkan saluran tersebut, semalam.
“Kami mengalu-alukan Boomerang (saluran 619) dan Nick Jr. (saluran 617) kepada keluarga kami.
"Dua saluran hebat ini akan menyertai Cartoon Network (saluran 615 HD / saluran 635) dan Nickelodean (saluran 616 HD / saluran 636) menerusi Pek Kanak-kanak, dan saluran-saluran ini akan dilengkapkan bersama Baby TV (saluran 618), Astro Xiao Tai Yang (saluran 304 HD / saluran 344), Chutti TV (saluran 213), Astro Tutor TV (saluran 601 / saluran 602 / saluran 603), Astro TVIQ (saluran 610), dan semestinya, jenama hiburan kanak-kanak No. 1 Malaysia, Astro Ceria (saluran 611 HD / saluran 631)," ujarnya.
Beliau juga menambah, generasi muda boleh menantikan seleksi program prasekolah menerusi Nick Jr. (saluran 617) dengan rancangan-rancangan terkenal seperti Dora the Explorer, Top Wings, Shimmer and Shine, dan Blue's Clues & You, sementara Boomerang (saluran 619).
"Kemudian ada juga rancangan menarik lainnya daripada pelbagai generasi dengan rancangan-rancangan termasuk Mr. Bean: The Animated Series, My Little Pony: Pony Life, Scooby-doo! Guess Who?, The Tom & Jerry Show, The Looney Tunes Show dan Barbie Dreamhouse Adventures," katanya.
Para pelanggan juga dapat menikmati lebih 10,000 episod hiburan dan pendidikan kanak-kanak berkualiti di Astro On Demand dan Astro GO seperti Upin & Ipin, Ejen Ali, SMK, Omar & Hana, Didi and Friends, We Bare Bears, SpongeBob SquarePants, Beyblade, Adventure Time, The Amazing World of Gumball, Ben 10, Bandanamu Kids Songs, The Five Elves, Motu Patlu, dan banyak lagi.
Malah, semua pelanggan Astro boleh menikmati sebuah saluran sementara (pop-up) baharu, FAMtv (saluran 100) dari 15 Disember 2020.
FAMtv (saluran 100) menyajikan hiburan untuk seisi keluarga termasuklah program-program kegemaran di Malaysia seperti Running Man, Mr. Bean, Doraemon, Phua Chu Kang, Crayon Sin Chan, Dexter’s Laboratory, Kampung Boy dan banyak lagi.
"Walaupun kami teruja dengan senarai kandungan kanak-kanak kami yang diberi nafas baharu ini, kami juga perlu memaklumkan bahawa pihak Disney telah mengumumkan kepada semua rakan kongsi di Asia Tenggara bahawa siaran Disney XD HD (saluran 612) akan diberhentikan pada 31 Disember 2020, jam 24:00 (tengah malam)," umum Agnes.
Justeru itu, dalam memberi nafas baharu kepada Pek Kanak-kanak, siaran saluran-saluran Disney Channel HD (saluran 614 HD / saluran 634) dan Disney Junior HD (saluran 613) juga akan diberhentikan di rangkaian kami pada 31 Disember 2020, jam 24:00 (tengah malam).
"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan di atas pemahaman mereka dan menyesali sebarang kesulitan yang berlaku.
Seperti biasa, semua pelanggan kami terutamanya generasi muda tetap menjadi inspirasi kepada setiap inisiatif yang kami lakukan.
"Kami terus bertekad untuk meningkatkan tawaran hiburan dan pendidikan kanak-kanak kami dan tidak sabar untuk berkongsi program-program baharu yang hebat yang akan bermula pada 15 Disember," tutupnya.