,
Laman Utama

"Pekak Ker Apa, Aku Dah Cakap Tak Nak Kahwin!" - Garangnya Emma, Zizan Sakat Tak Payah Jerit-Jerit

Amri Hassan
25/03/2022
06:45 MYT
Sepotong klip video promosi drama terbaharu lakonan Emma Maembong berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta (NBC) telah menarik perhatian ramai.
Dalam babak di tepi kolam renang itu, Emma yang mendukung peranan sebagai Hawa dengan penuh emosi menjerit-jerit sambil memarahi tetamu yang hadir.
"Woi, korang semua ni pekak ker apa? Kan aku dah cakap aku ni tak nak kahwin, baliklah!" jerit Emma bersungguh-sungguh.
Babak yang dimuatnaik Emma di Instagramnya itu antara lainnya mendapat perhatian Zizan Razak. Komen Zizan; "Just left group. Tak payah jerit-jerit, chill okey."
Bagaimanapun, Emma tampil membalas semula komen yang ditulis Zizan pada video berkenaan.
"Lepas geram, bukan selalu dapat jerit-jerit," katanya.
Nusyuz Berkiblat Cinta turut dibintangi Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar, Shaza Bae, Sabhi Saddi, Dayana Roza, Ako Mustapha, Jalaludin Hassan dan ramai lagi.
Drama arahan Hadith Omar itu akan mula ditayangkan pada Ahad ini (3 April 2022) bermula pukul 9 malam di Astro Ria dan platform penstriman Astro Go serta Ultra Box.
Sinopsis
Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Apabila Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikit pun pada suaminya.
Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.
Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Tom Holand Sah Kembali Jadi Spider-Man: “Saya Tidak Sabar”

gempak
24/10/2024
03:45 MYT
Tom Holand akhirnya mengesahkan akan kembali bermain dalam saga ke empat Marvel yang cukup ikonik dengan dirinya, Spider-Man.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Viral

Dibayar RM60, Dibelasah Jika Tolak Melacur! Imigresen Selamatkan 7 Wanita Dari 'Kapten' Bangladesh

gempak
23/10/2024
15:25 MYT
Imigresen menyelamatkan tujuh wanita warga Vietnam yang disyaki dipukul jika enggan melacur, dalam serbuan di sebuah premis kedai dua tingkat di Klang, Isnin lalu.
Viral

Influencer Buka Cerita Peluk Islam - "Bila Tengok Kawan Solat, Ambil Wuduk, Saya Lebih Tertarik"

gempak
23/10/2024
14:02 MYT
"Saya tak pernah menyangka akan memeluk Islam lebih-lebih lagi dalam usia muda tapi bersyukur kerana Allah SWT buka hati untuk terima hidayahNya."
Viral

Buat Hal! Pelancong China Lastik Haiwan Di Zoo, Netizen Panas Hati

gempak
23/10/2024
13:25 MYT
Seorang pelancong China menerima kecaman orang ramai kerana melastik seekor badak air popular dalam kejadian di sebuah zoo di Thailand, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
BorakSeeni