Laman Utama
Pekerja Dedah Situasi Tokti Berhenti Tepi Jalan Masukkan ‘Injection’ Untuk...
Program bual bicara Next To Neelofa yang bersiaran malam tadi ternyata membuatkan ramai tersentuh apabila penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi mengenai cabarannya mendapatkan zuriat.
Setelah hampir 12 tahun berkahwin, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti akhirnya dikurniakan cahaya mata diberi nama Siti Aafiyah.
Namun, kesedihan itu tidak terhenti di program Next To Neelofa kerana pekerjanya, Siti Fairuz juga turut berkongsi kenangan dengan Tokti.
Perkara tersebut dikongsi Siti Fairuz menerusi satu posting di Twitter.
“Bila menonton #NextToNeelofa ni, teringat moment masa drive dengan Kak Iti dari airport.
“CF (Siti Fairuz) jam 12.45, Kak Iti kena masukkan ubat ya. Haa apa lagi tepat pada jam tersebut, CF terus cari port untuk park tepi jalan untuk memudahkan Kak Iti memasukkan ubat ‘injection’.
“Masa tu rasa sebak sangat sebab saya melihat sendiri betapa berusahanya dia untuk mendapatkan zuriat
“Insya-Allah semoga selepas ini rezeki CF pula untuk mendapatkan cahaya mata.
“Amin. Thanks Kak Iti kerana banyak mengajar erti bersyukur dan tidak berputus asa,” katanya.
Perkongsian tersebut telah mengundang rasa sebak netizen yang rata-ratanya kagum dengan kesabaran penyanyi kesayangan ramai itu.
Tidak kurang juga yang mendoakan agar Siti Fairuz juga mendapatkan cahaya mata.
Untuk rekod, Tokti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.
Dia kemudian berkongsi berita kehamilan pada 2017 sebelum selamat melahirkan Aafiyah pada 2018.
Selain itu, Februari lalu, Siti dikatakan menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta untuk persediaan hamil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Siti Teruskan Usaha Dapatkan Anak Kedua
Prosedur itu dilakukan kerana Siti menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya tiga tahun lalu untuk mengandungkan Siti Aafiyah.
Pada masa sama, jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program bual bicara ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
BACA: Cabar Kredibiliti, Neelofa Muncul Dengan Next To Neelofa