Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pekerja Diberi Cuti Bergaji Pada Hari Lahir – Manifesto BN

Gempak
08/11/2022 14:00 MYT
Umum mengetahui, Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan manifesto Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) parti tersebut jika BN diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

PADU merupakan tawaran baharu yang diberikan BN kepada rakyat Malaysia dan didalamnya tersenarai 99 amal dan usaha yang akan dilakukan parti berkenaan sekiranya mereka memennagi PRU-15 kelak.

Namun apa yang menariknya, antara manifesto yang diumumkan adalah BN akan mengiktiraf sumbangan pekerja dengan memberi cuti bergaji pada hari lahir mereka.

Menerusi muat naik video di laman Facbook rasmi BN, Zahid berkata, ia merupakan salah satu inisiatif gabungan terbabit dalam menangani isu kebajikan yang terabai dalam kalangan orang muda.

“Menjawab isu orang muda yang dihimpit penggangguran serta golongan pekerja yang berhadapan tekanan gaji rendah, kebajikan yang terabai dan ketidakupayaan untuk menjalani kehidupan selesa dan bermaruah,” katanya.

Tambah Zahid, satu revolusi besar-besaran dalam sistem pengagihan bantuan di seluruh negara dengan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas atau Assistive Basic Income akan dilaksanakan.

“Melalui skim ini, kerajaan akan mengkreditkan atau memasukkan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208.

“Ia adalah satu ‘top up’ atau tambahan pendapatan bulanan bagi memastikan semua isi rumah di seluruh negara mempunyai sekurang-kurangnya RM2,208 sebulan.

“Bagi mereka yang mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan pembayar cukai antara RM50,000 hingga RM100,000 pula, kita akan memberi dua peratus potongan cukai pendapatan,” katanya.

Sumber – Facebook BN, Malaysia Kini

#PRU15 #Zahid Hamidi #Manifesto BN
;