Gaya Hidup
Pekerja Kilang, Akauntan & Kerani Antara Kerjaya Yang Bakal Pupus! Bakal Diganti Dengan...
Kemunculan pelbagai teknologi baru termasuklah kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai AI pastinya memudahkan apa jua kerja yang sukar dilakukan oleh manusia.
Akibatnya, beberapa pekerjaan dijangka pupus menjelang 2022.
Menurut laporan dikeluarkan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum, sebanyak 133 juta jenis pekerjaan bakal berevolusi manakala sebanyak 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus.
Antara yang bakal pupus termasuklah kerani kemasukkan data, kerani akaun, setiausaha, pekerja kilang dan pemasangan, khidmat pelanggan, akauntan dan juruaudit, pengurus besar dan operasi dan kerani perkhidmatan pos.
Antara yang bakal yang menjadi rebutan pula adalah saintis dan analisis data, AI dan pakar pembelajaran mesin, profesional pemasaran, pakar data, pakar teknologi baru, perkhidmatan teknologi maklumat dan pakar transformasi digital.
Berdasarkan senarai tersebut dapat dilihat tenaga kerja manusia bakal digantikan oleh teknologi AI manakala penganalisis data dan pakar digital bakal menguasai sektor pekerjaan 2022.
Menerusi laporan ini, mungkin anda boleh melakukan persediaan awal untuk mengharungi cabaran kerja kelak.
Sumber: World Economic Forum
Must-Watch Video