Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pekerja P-Hailing Bakar Kereta Polis Bantuan Ditahan

Firdaus
15/02/2024 10:25 MYT
Baru-baru ini tular di TikTok tentang seorang pekerja p-hailing memuat naik satu hantaran mengakui dirinya membakar sebuah kereta polis dalam kejadian yang berlaku di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan pada jam lebih kurang 1.52 pagi tadi.

BERITA TRENDING: Lelaki Pukul Ibu Sendiri Pakai Tukul Besi, Ugut Letupkan Tong Gas Dalam Rumah! Rupa-Rupanya Positif ...

"Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya berjaya melakukan tangkapan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

"Suspek seorang warga tempatan berjaya ditahan dan serbuan di rumahnya yang terletak di Flora Damansara, di sini, sekitar jam 12 tengah hari tadi dan merampas barangan dipercayai digunakan untuk jenayah itu,” katanya.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek ada melakukan berbuatan vandalisme dengan mencoteng dinding kaca di stesen itu dengan kata kesat sebelum membakar kereta milik Prasarana.

"Motif suspek bertindak demikian kerana dipercayai tidak berpuas hati terhadap pihak polis bantuan syarikat tersebut," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat api atau bahan letupan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 14 tahun dan denda.

Sumber: MalaysiaGazette
#Viral #Jenayah #Polis #Bakar #Lelaki #P-Hailing
;