Hiburan

Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"

gempak
Firdaus
09/10/2024
15:27 MYT
Sponsor Banner
Pekin Dituduh Jadi ‘Batu Api’ Isu Fattah-Fazura, Mona Allen Tampil Bersuara - “Saya Bukan Penasihat Suami Saya"
Pelakon, Mona Allen meraih perhatian selepas memuat naik tangkap layar memaparkan mesej yang dihantar oleh seorang individu kepadanya menerusi Instagram Story.
Dalam entri tersebut, Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen memaparkan tangkap layar mesej individu yang menyifatkan suaminya yang juga seorang aktor iaitu Pekin Ibrahim sebagai batu api dalam penceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura.
“Salam sis, tolong nasihatkan suami sis itu janganlah jadi batu api.
“Dia hanya kenal Fattah sebagai kawan tapi yang tidur sebantal dan serumah dengan Fazura adalah Fattah, bukan dia (Pekin Ibrahim).
“Tak perlu nak ‘back up’ siapa-siapa pun dalam hal rumah tangga orang,” tulis individu itu.
Jelas individu itu lagi, dia menganggap Pekin memihak kepada Fattah kerana mereka bekerjasama di set penggambaran bagi sebuah filem selain pernah menuntut di universiti yang sama.
Susulan itu, Mona tampil bersuara dan membidas hantaran mesej tersebut.
Menurut Mona, perkara yang disuarakan oleh Pekin mengenai pelakon filem Pendekar Awang itu bukanlah sesuatu yang buruk sebaliknya hanya sekadar berkongsi pandangannya berkaitan isu berkenaan.
“Apa nak jadi dengan netizen Malaysia ini? Apa yang batu api? Bukankah dalam Islam kita harus berkata yang baik-baik sahaja.
Apa yang suami saya katakan tentang Fattah, adakah satu penghinaan?
“Ya, betul kita tak tidur sebantal dengan mereka. Tapi bila seorang itu nampak dan ingin kongsi melalui ‘point of view’ (POV) dia, siapa kita untuk menilai?
“Saya bukan penasihat suami saya, lantaklah dia nak tulis apa,” getus Mona.
Terdahulu, Pekin menganggap tuduhan Fattah berlaku curang terhadap Fazura sehingga terjadinya penceraian sebagai satu dakwaan yang berat.

BERITA TRENDING: Pernah Lalui Fasa Perceraian, Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Pasangan Dah Berpisah - "Kalau Rasa Tak Boleh Hidup Sama, Baguslah..."

​BERITA TRENDING: Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”

​BERITA TRENDING: Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

​BERITA TRENDING: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

Tambah Pekin, Fattah juga disifatkan sebagai seorang suami yang baik kerana sering meluahkan rasa rindu setiap kali berjauhan daripada isteri dan anaknya.
Imbas kembali, Fazura mendakwa dia nekad minta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti kecurangan dilakukan Fattah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024