Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Pekin Ibrahim Sedia Kahwin Model Antarabangsa Tetapi Tak Mahu Bersanding

Syafiqah Jalal 12/01/2017 | 13:58 MYT
Pelakon dan pengarah filem, Pekin Ibrahim akui sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, seorang model antarabangsa yang kini menetap di London.
Namun Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 36, berkata dia tidak akan membuat sebarang majlis perkahwinan apatah lagi bersanding di atas pelamin.
"Saya kalau ikutkan mahu kahwin segera tetapi banyak perkara yang dua pihak perlu uruskan sebelum kami melangkah ke fasa baru.
"Tapi jika saya kahwin pun mungkin saya tidak akan beritahu dan menjemput sesiapa termasuk rakan saya kerana saya rasa ia privasi saya.
"Saya akan buat perkara yang wajib sahaja bersama keluarga terdekat dan yang penting tiada acara bersanding.
"Saya rasa saya tak boleh bersanding kerana ia bukan diri saya," katanya kepada Astro Gempak.
Pekin memberitahu dia dan wanita itu sudah menjalin hubungan cinta jarak jauh sejak dua tahun yang lalu.
"Saya tidak berniat mengulas lanjut mengenai hubungan cinta saya dan biarlah saya simpan sendiri.
"Apa yang boleh saya beritahu, kami sudah dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
"Saya selalu jumpa dia di sana jika kelapangan dan dia juga sudah beberapa kali datang ke Malaysia," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Pekin sedang melakukan suntingan akhir filem arahannya, KL Wangan dan bakal membintangi filem Suatu Ketika pada April ini.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Bercinta #Kahwin #Pekin Ibrahim #Kahwin #Kekasih
;