Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pekin Ibrahim Terima Petua Pelik Untuk Dapatkan Zuriat - “Bila Bersama Kena Buka…”

Asyikin Mayudin
07/09/2023 00:52 MYT
Sepanjang empat tahun berkahwin sebelum dikurniakan zuriat, pelakon Pekin Ibrahim mendedahkan dia banyak menerima petua-petua yang aneh untuk mendapatkan cahaya mata.

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, antara salah satu petua adalah membuka sedikit tingkap ketika bersama isteri.

Meskipun petua tersebut aneh, namun Pekin tetap melakukannya sebagai salah satu cara dia dan isterinya iaitu aktres Mona Allen ikhtiar untuk mendapatkan anak.

“Macam-macam saya dapat petua… salah satu petua, bila bersama kena buka tingkap sikit. Terfikir juga apa kaitan dengan benda itu. Tapi saya cuba juga buka sikit tingkap.

“Memang ada petua tu, saya dapat daripada orang tua. Buka tingkap sikit dan mengadap kiblat… semua ada, pelik-pelik. Tapi saya buat saja, kiranya macam ikhtiar juga,” kata Pekin kepada Gempak.

Pekin ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannya bertajuk Gemencheh Boys yang diadakan di TGV Cinema, Pavilion Bukit Jalil pada Rabu.

Untuk rekod, Pekin mendirikan rumah tangga dengan aktres Mona Allen pada 7 Disember 2018 dan pasangan itu akhirnya dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Petra Pekin pada 31 Ogos tahun lalu.

BACA SINI: Pekin Ibrahim Bukan Pemilik Sebenar Yaris Yang Kemalangan - "Tiada Sebarang Wang Tempahan Daripadanya"

BACA SINI: “Dah Bagi Ubat, Kalau Tak Baik Kena Sunat…” - Anak Mona Allen Alami Jangkitan Pada Kemaluan


#Anak #Pekin Ibrahim #Pekin #Mona #Petua #Mona Allen #Petua anak
;