Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pekin Tak Malu Ambil Balik Kertas Bahasa Melayu SPM, Kini Bakal Sambung PhD Pula!

Amri Hassan
24/11/2023 08:56 MYT
Bintang filem Gemencheh Boys, Pekin Ibrahim terus memberikan inspirasi kepada orang ramai agar tidak berputus asa mengejar ilmu pengetahuan.

BERITA TRENDING: Penonton Puji Lakonan Pekin Ibrahim Dalam Gemencheh Boys

Baru sahaja bergraduasi dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia, Pekin mendedahkan bakal terus menyambung pelajaran hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

"Saya plan nak sambung nak buat PhD, memang itu target saya. Topiknya sudah ada cuma belum pilih lagi, tapi ia berkaitan dengan pembangunan industri kreatif kita.

"Alhamdulillah, kerja keras selama beberapa tahun ini berbaloi dan akhirnya saya sudah bergraduasi semalam," katanya menerusi temuramah bersama 3 Pagi ERA pada Jumaat.

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)


Mengimbas semula perjalanannya menyambung pelajaran, Pekin memberitahu dia dahulunya pernah menduduki semula kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Saya rasa balancelah, bila ada masa lebih seperti sekarang ni bolehlah sambung (belajar). Usia tidak menghalang orang kata.

"Ketika saya nak sambung dulu, saya tak kredit Bahasa Melayu ketika Sijil Pelajaran Malaysia dan saya ambil semula peperiksaan ketika PKP.
"Bayangkan pergi kelas dengan budak-budak SPM. Masuk dewan aku tengah-tengah... tujuannya untuk repair bahasa Melayu aku," katanya bersemangat.

Selain Pekin, beberapa selebriti lain turut bergelar graduan dalam majlis konvokesyen UUM yang diadakan semalam termasuk Tomok, Aril Pilus dan Haziq Rosebi.

PILIHAN PEMBACA: "Nak Dapat Skrip Mencabar Lakonan Agak Susah" - Pekin Ibrahim

#Viral #Pekin Ibrahim #Tomok #SPM #Konvokesyen #Graduan #Universiti Utara Malaysia #UUM
;