"Pelajar Kita Ramai Lemah Bahasa Melayu" - Cikgu Faizul
Amri Hassan
22/01/2023 06:13 MYT
22/01/2023 06:13 MYT
Kurang membaca, lebih banyak menggunakan media sosial dan fokus pada mata pelajaran tertentu antara masalah yang sering dihadap pelajar dalam menguasai tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul.
Menyedari perkara itu, Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI melancarkan kelas pembelajaran dalam talian secara percuma untuk mata pelajaran Bahasa Melayu selama 15 hari bermula 15 hingga 29 Januari ini.
Kelas percuma yang terbuka kepada semua pelajar tahun enam hingga tingkatan lima itu bakal dibimbing oleh Muhammad Faizul Abd Hamid atau Cikgu Faizul.
Cikgu Faizul berkata, sejak dulu lagi pelajar terdedah kepada banyak kesalahan tatabahasa hingga menyebabkan mereka sudah biasa untuk melakukan kesalahan yang sama berulang kali.
"Antara kesalahan tatabahasa yang sering digunakan ialah penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’, kata ‘ianya’, dan sebagainya. Lama-kelamaan, norma kesalahan tatabahasa ini akan menjadi kitaran budaya yang bobrok.
"Sehubungan itu, saya berasa terpanggil untuk memperbetul masalah ini. Selain mengajarkan tatabahasa yang betul di dalam kelas, saya juga akan berkongsi tip dan formula mengenai penggunaan tatabahasa yang betul menerusi media sosial supaya proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih santai dan lebih dekat dengan jiwa orang muda," katanya.
Kurang baca surat khabar
Menurutnya, kini pelajar banyak menghabiskan masa dengan media sosial membuatkan mereka kurang membaca surat khabar atau bahan bacaan lain yang sarat dengan isu semasa.
"Isu semasa adalah perkara yang sangat penting untuk pelajar memperoleh kosa kata baharu dan menjana idea apabila menulis karangan.
"Jadi, saya mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu pelajar menulis karangan dengan mengaitkan isu-isu semasa dalam kelas seperti isu inflasi, penyakit berjangkit, pelancongan perubatan, industri revolusi 4.0 dan sebagainya. Untuk memudahkan pelajar, perbincangan ini turut akan disertakan dengan formula membina ayat seperti PerMaSA, IMBaKUP dan KPCH," katanya.
Pentingkan subjek sains
Menurutnya lagi, terdapat segelintir pelajar, terutamanya yang mengambil aliran Sains yang lebih mementingkan subjek elektif seperti Kimia, Fizik, Matematik Tambahan dan Biologi kerana dianggap susah.
"Keadaan ini menyebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan membuat latihan bagi subjek berkenaan hingga menyebabkan sujek Bahasa Melayu dipandang mudah.
"Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila terdapat pelajar yang menganggap bahawa bahasa Inggeris adalah proksi kepada kepandaian dan status. Oleh itu, mereka lebih mementingkan subjek Bahasa Inggeris," katanya.
Untuk pendaftaran boleh layari laman web www.ptti.my
Terdahulu, Cikgu Faizul bersama enam guru baharu PTTI diraikan dalam Majlis Pelancaran PTTI 360° New Teacher, More Subjects dalam usaha pusat itu untuk melebarkan sayap bagi lebih banyak subjek yang ditawarkan seperti Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan, Matematik, Sains dan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.