Hiburan
Pelajar Kolej Lakukan Protes, Halau Shah Rukh Khan
Sekumpulan pelajar Kolej Hansraj di New Delhi bertindak melakukan protes terhadap Shah Rukh Khan ketika hari graduasinya.
Protes tersebut berlaku di luar pintu masuk kolej dan melaungkan slogan ‘Balik Shah Rukh Khan’.
“Segelintir pelajar melakukan protes diluar kawasan kolej beberapa minit sebelum Shah Rukh Khan tiba. Kami telah menasihati mereka untuk tidak melakukan protes tersebut dan meminta untuk beredar dengan segera.
"Mereka juga tidak henti-henti melaungkan slogan ‘Balik Shah Rukh Khan’,” ujar pihak polis New Dlehi.
Kedatangan Shah Rukh Khan di Koleh Hansraj tidak disenangi segelintir pelajar selepas maklumbalas yang diberikan oleh pelakon Dilwale itu mengenai sikap toleransinya terhadap para petani pada November tahun lalu.
Malah baru-baru ini, cermin kereta milik King Khan pecah dibaling dengan batu oleh individu yang tidak dikenali sebagai tanda protes sewaktu sedang sibuk menjalani penggambaran filem Raees.
Bintang filem berusia 50 tahun ini hadir di Kolej Hansraj untuk menerima skrol ijazah sarjana muda selain mempromosikan lagu dalam filem terbarunya, ‘Fan’.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Indian Express