Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Pelajar Reka ‘Penahan’ Anti Tiru Di Filipina, On Tak On Kalau Buat Di Malaysia?

Maliah Surip 25/10/2022 | 12:45 MYT

Rangkaian foto sekumpulan pelajar di sebuah kolej di Filipina yang kelihatan memakai ‘penahan’ wajah untuk mampu menoleh ke kiri atau kanan dalam usaha mencegah dari meniru dalam peperiksaan menjadi viral.

Pelbagai rekaan anti tiru yang dihasilkan oleh para pelajar yang menduduki peperiksaan disifatkan sangat unik dan menarik sehingga menjadi perbincangan hangat di media sosial.
Imej tersebut dirakamkan di sebuah kolej di Legazpi City sewaktu mereka menduduki peperiksaan setengah tahun, baru baru ini, lapor BBC.
Seorang pensyarah yang terlibat dalam memantau fasa peperiksaan, Mary Joy Mandane-Ortiz mengatakan pihak kolej cuba melakukan perkara atau usaha memastikan para pelajar tidak meniru semasa peperiksaan dalam cara yang ‘gembira’ demi integriti dan kejujuran dalam kelasnya.
Mary Joy mengatakan dia mendapat idea tersebut selepas melihat usaha yang dilakukan oleh sebuah institusi di Thailand pada sekitar 2013 dengan memastikan para pelajar mereka menggenakan ‘penahan tiru’ pada bahagian telinga masing masing.
Dia malah mengatakan usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang baik apabila kebanyakan pelajar mereka dengan sangat kreatif ‘penahan’ tiru yang dipakai dia kepala masing masing.
Menerusi beberapa keping foto yang tersebar, ada pelajar menggunakan bekas tempat telur, memakai helmet, kertas yang dikepil di sekeliling topi serta ‘teropong kertas’ yang dibalut pada bahagian cermin mata.
Dan apa yang membuat dia berpuas hati dengan idea yang menjadi viral ini adalah kebanyakan pelajar menyiapkan peperiksaan lebih awal serta tidak ada yang tertangkap kerana meniru.

#Viral #Peperiksaan #Filipina #Pelajar #Anti Tiru #Inovasi #Rekaan
;