Pelajar Sekolah Pondok Maut Didenda Berendam, Menyelam Dalam Kolam Ikan!
Gempak
02/11/2022 04:50 MYT
02/11/2022 04:50 MYT
Seorang pelajar sekolah pondok maut selepas didenda berendam dalam kolam ikan kerana curi keluar dari asrama di Tapah Darussalam, Rokan Hulu, Riau, Indonesia.
Lapor Kompas.com, jurucakap polis, Mardiono berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa yang berusia 17 tahun bersama tiga rakannya keluar dari asrama untuk membeli makanan pada Sabtu lalu.
Selesai membeli makanan, mangsa dan tiga rakannya tidak pulang terus ke asrama, sebaliknya mereka menyaksikan perlawanan bola sepak sehingga waktu subuh.
“Selepas itu, mangsa dan rakannya pulang ke asrama dan perbuatan mereka disedari seorang daripada tenaga pengajar di situ.
“Kesemua pelajar itu mengakui kesalahan mereka dan tenaga pengajar berkenaan menghukum mereka berendam dalam kolam ikan selama lima minit.
“Selain itu, mereka juga diarahkan supaya menyelam di dalam kolam sebelum menyuruh mereka naik ke atas dan membilas badan,” ujar Mardiono.
Namun, mangsa tidak timbul dari permukaan kolam menyebabkan tenaga pengajar itu menyuruh pelajar lain memeriksa keadaannya.
Ketika dibawa naik dari kolam, mangsa tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Kompas.com, Utusan Malaysia