Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Pelajar Sekolah Rendah Perlu Jalani Ujian Saringan Covid-19 Setiap Rabu

Fiza Kamarudin 28/11/2021 | 05:30 MYT

Kementerian Pendidikan memaklumkan, pelaksanaan saringan bergilir COVID-19 untuk murid sekolah rendah akan dilaksanakan pada setiap Rabu hari persekolahan.

Menerusi sebuah kenyataan Kementerian Pendidikan berkata, surat mengenai pelaksanaan saringan bergilir itu akan di keluarkan dalam masa terdekat.
"KPM menyambut baik saranan Kementerian kesihatan (KKM) dan akan melaksanakan 10 peratus sampel saringan COVID-19 secara mingguan dengan kaedah penggiliran, selaras Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan (NTS) yang ditetapkan KKM.
"KPM telah membekalkan Kit Ujian Kendiri COVID-19 ke sekolah rendah bagi memastikan ujian saringan ini dapat dilaksanakan seperti tatacara pelaksanaan ujian kendiri COVID-19 yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0," kata kenyataan tersebut.
Sementara itu, KPM menyarankan agar ketetapan itu turut terpakai di semua sekolah rendah institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM.
"KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan murid sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan COVID-19 secara mingguan bermula Isnin ini.
Katanya, ia sebahagian daripada NTS selain bertujuan mengelakkan penularan kluster pendidikan di sekolah.

#Kementerian Pendidikan #Pelajar Sekolah Rendah Ujian Sarigan Covid-19
;