Pemenang tempat ketiga Lawak Solo, Fikry mengakui tetap menyimpan hasrat untuk menyambung kembali pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 22, berkata, dia terpaksa menangguhkan pengajiannnya buat sementara waktu kerana ingin memberi fokus untuk menyertai program Lawak Solo.
Namun jelas Fikry dia tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
"Saya terpaksa menangguhkan pengajian untuk memasuki program ini namun ia tidak bermakna saya akan berhenti belajar.
"Walaupun sudah bergelar selebriti kini namun saya tetap menyimpan hasrat untuk menyambung kembali pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.
"Ini kerana bagi saya pelajaran adalah juga sangat penting dan saya mesti habiskan juga walaupun bukan pada masa yang telah ditetapkan," katanya kepada Astro Gempak.
Fikry berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai adakah dia akan menyambung semula pengajiannya yang ditangguhkan untuk menyertai Lawak Solo.
Tambah Fikry, dia berharap jika diberi peluang untuk mengembangkan lagi bakatnya bukan sahaja sebagai pelawak tetapi pelakon dan pengacara.
"Jika ada tawaran berlakon atau menyertai program lawak saya tidak teragak-agak untuk terima kerana saya memang meminati bidang seni.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Dec 23 2016
Wanita Ini Terbang Dari Kota Bharu Demi Menonton Sheriff!
Bagi wanita dari Kelantan ini, dia sanggup terbang ke Negeri Sembilan semata-mata mahu menyaksikan filem tersebut.
Pempengaruh TikTok Popular Iran Maut Ditembak Di Hadapan Rumah
Seorang pempengaruh Iran yang cukup terkenal di platform TikTok ditembak mati di hadapan rumahnya, di Baghdad hujung minggu lalu.
Suami Kongsi Gambar Nikah, Netizen Beri Kata-Kata Semangat Buat Irma Hasmie
Nama pelakon Irma Hasmie tiba-tiba menjadi bualan apabila suaminya, Redza Syah Azmeer memuat naik foto pernikahan bersama seorang wanita.
Sudah Kahwin, Peminat Terkejut Adipati Dolken Tinggal Serumah Dengan Kawan
Pelakon Adipati Dolken mendapat kritikan daripada pengguna media sosial dan peminat selepas mengaku membenarkan dua sahabatnya tingga bersama meski dia sudah berkahwin.
Konflik Min Hee Jin & HYBE, Ini Kronologi Yang Anda Perlu Tahu
Ini ringkasannya
Apakah Itu Akaun Fleksibel? Ini Fakta & Cara Pengiraan Akaun Baharu Ahli KWSP
Apa yang anda perlu tahu mengenai Akaun 3 KWSP
Sheriff: Kini Filem No. 1 Di Malaysia Pada 2024, Sheriff Raih RM31 Juta Sejak Ditayangkan!
Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw, Sheriff: Narko Integriti terus mencatat kecemerlangan apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM31 juta sepanjangan tayangan, sekali gus muncul sebagai filem nombor satu di Malaysia mengatasi filem antarabangsa lain.
Pihak Polis Siasat Isu Paku Dipacakkan Di Bahu Jalan
Pihak polis sedang menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacakkan di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes.
Hafidz Roshdi Dihina Kerja Sebagai Penghantar Barang? - “Saya Happy Je Kerja…”
Pelakon, Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia berasa senang bekerja sebagai penghantar barangan (rider) di sebuah syarikat penghantar barangan popular.
Teringin Rasai Pengalaman Percutian Bermusim Paling Best? Melbourne Adalah Jawapannya
Bestnya Melbourne!