Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”

Asyikin Mayudin
12/11/2024 23:55 MYT
Pengarah Ahmad Idham memberi teguran kepada seorang pelakon baharu yang mendakwa budaya buli antara pelakon junior dan senior masih lagi wujud sehingga kini.

Isu tak berlaku

Tanpa menyebut nama mana-mana individu, Idham menerusi Instastory mempersoalkan kenyataan pelakon tersebut memandangkan isu tersebut tidak pernah berlaku seperti yang didakwa.

“Awak merepek apa ni mat? Bila masa ada isu buli dari pelakon senior ni? Mungkin awak tak faham beza antara buli dengan isu pelakon baru macam awak ni tak faham apa itu lakonan,” soalnya.

Pada perkongsian lain, Idham atau nama penuhnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memberi teguran kepada pendatang baharu dalam industri untuk memaklumkan kepada pengarah terlebih dahulu sekiranya wujud budaya buli ketika sesi penggambaran.

“Kepada you all yang masuk industri tanpa ilmu ni, saya nak maklumlah ya, pengarah adalah ketua kapal di set penggambaran, sekiranya ada la insiden buli oleh pelakon senior seperti yang dikatakan oleh mamat sorang ni, anda boleh saja maklum pada pengarah bukannya kepada pihak media.

ARTIKEL BERKAITAN: “Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Abaikan! Ini Lima Jenis Buli Yang Sering Berlaku Dalam Kehidupan

“Nak dapat publisiti pun jangan la sampai wujudkan persepsi negatif ya mat,” kongsi Ahmad Idham.

Terdahulu, seorang pelakon lelaki mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga kini

Menerusi temu bual bersama media, aktor itu berkata perkara ini seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.

#Ahmad Idham #Pelakon Baharu #Buli di lokasi penggambaran #Gejala buli
;