Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pelakon Berstatus Janda ‘Menang’ Sondol Suami Orang, Sementara Si Isteri Pasrah Mahu Cerai

Miss K
11/09/2023 13:50 MYT

Hi you alls, tengah buat apa tu? Masih lemau sebab Monday Blues ke? Dah malam dah ni, jap lagi boleh tidur dan rest.

Cuma kepala otak Miss K ni tak boleh nak rest sangat sebab baru dengar berita mengejutkan daripada kawan Miss K.

Berita ni macam aib sikitlah, pasal seorang pelakon janda yang menyondol suami orang, sampai berantakan rumah tangga orang tu.

Haiyo… seramlah. Dahlah sekarang ni musim penyondol, datang pula kisah baharu macam ni. Lagilah gigil Miss K.

Dengar cerita, aktiviti sondolan tu dah lama berlaku. Daripada zaman si pelakon janda tu masih bergelar isteri lagi. Lama betul eh?

Lagi parah, dengar cerita isteri kepada lelaki yang disondol pelakon janda tu pun dah naik mahkamah syariah, katanya tak sanggup lagi nak berdepan dengan luka di hati.

Kawan Miss K kata, pelakon janda ni pulak bijak main dengan PR. Dia akan show dia wanita teraniaya, selalu post dengan anak bagai, bagi menggaburi mata peminat.

Miss K ni bukanlah apa, terikut juga kisah pelakon janda tu dari dulu. Ingat nak bersangka baik dia berubah ke apa, tapi tup tup begitu juga pengakhirannya.

P/S: Peninglah sondol-sondol ni, Miss K macam nak bercuti sebentar ke luar negara

BACA: Artis Berstatus Janda Kantoi Bercinta Dengan Suami Orang​

BACA: Penyanyi Popular Didakwa Kahwin Senyap-Senyap, Isteri Dah Hamil Anak Luar Nikah?​

#Miss K
;