Skip to main content

Berita Tempatan

"Pelakon Dalam Muzik Video Saya Perlu Bertudung, Jika Tidak..." - Haqiem Rusli Letak Syarat

untitled-design-2021-01-07t111355-125.jpg
Pelakon Haqiem Rusli mengakui ada menetapkan syarat khas untuk mana-mana wanita yang ingin tampil dalam muzik video nyanyiannya.

Menurut Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, dia enggan membabitkan wanita yang tidak menutup aurat dalam muzik video yang menampilkan dirinya.

"Saya telah menyatakan pendirian saya bahawa jika ada pelakon atau model wanita yang ingin ditampilkan dalam muzik video saya, mereka perlulah bertudung (menutup aurat).

"Jika tidak, maaf saya tidak setuju," katanya yang bakal muncul dengan muzik video single terbaharunya berjudul Mimpi yang akan diterbitkan secara rasmi pukul 8 malam ini.

Terdahulu, pembikinan muzik video Mimpi itu juga dikatakan berdepan sedikit masalah apabila pelakon asalnya terpaksa menarik diri di saat-saat akhir.

Tindakan itu dibuat dipercayai mempunyai kaitan dengan pendirian Haqiem yang enggan mahu wanita tidak menutup aurat dalam muzik videonya.

"Saya taknak mengulas lanjut tentang isu ini kerana saya kurang jelas apa yang berlaku, kerana urusan pelakon tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak produksi. 

"Tambahan pula mereka memang pelakon dalam drama Bidadari Salju yang mana lagu Mimpi menjadi runut bunyi untuk drama tersebut," katanya.

Biarpun terpaksa digantikan dengan model wanita bertudung lain, kata Haqiem dia tetap optimis dengan penerimaan yang akan diberikan penonton terhadap muzik video tersebut.

"Saya harap single kali ini berjaya mencatatkan tontonan lebih 20 juta mengatasi catatan tertinggi lagu saya sebelum ini Selamat Tinggal Sayang.

"Lagu ini merupakan buah tangan saya pada tahun baru 2021 buat semua peminat yang saya kasihi. Kita bagi tontonan lebih 50 juta pula kali ini. Ada berani?," katanya.

Mimpi merupakan single ke-14 ciptaannya berkolaborasi bersama pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida.

Must-Watch Video

Advertisement