Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pelakon Deva Mahenra Cancel Cita-Cita Jadi Menteri Sebab Dah Dapat Naik Pesawat Tempur - "Selama Ini Hanya Mimpi"

Amri Hassan
21/09/2021 05:52 MYT
Pelakon Indonesia, Deva Mahenra mengakui cita-citanya dari kecil untuk menaiki pesawat tempur tercapai apabila membintangi filem Serigala Langit.

Kata Deva kepada media Indonesia, sebelum ini dia memasang cita-cita untuk menjadi menteri demi merasai pengalaman menaiki pesawat tempur.

"Waktu kecil sebetulnya saya ada cita-cita untuk menjadi menteri supaya saya dapat naik pesawat tempur. Tapi sejak berlakon dalam filem ini saya batalkan cita-cita itu kerana sudah menjadi realiti.

"Selama ini saya hanya bermimpi saja, pasti takkan dapat naik pesawat tempur ni," katanya.

Berkongsi pengalamannya lebih lanjut, Deva, 31, tidak dapat melupakan pengalaman terbang menggunakan pesawat tempur dalam filem berkenaan.

Adegan tersebut perlu dilakonkan tanpa bimbingan khusus namun dia berjaya membawakan watak Gadhing Baskara dengan bantuan kru produksi dan tenaga pengajar.

"Bagi saya semua adegan mencabar terutamanya ketika perlu terbang dengan payung terjun dan pesawat tempur. Tanpa bimbingan khusus, memang sangat sulit. Saya pasti itu yang dialami pelakon lain juga.

"Waktu persiapan juga sangat singkat. Kami diberikan kelas sewaktu penggambaran sahaja. Kita juga perlu persiapan fizikal dan mental yang tinggi. Hendak terbang dengan pesawat tempur ini kena ada ilmu.

"Tapi dengan bimbingan tenaga pengajar, kami berjaya melakonkan watak masing-masing dengan mudah," katanya.



Filem Serigala Langit yang menampilkan gandingan Deva bersama Yoshi Sudarso, Dian Sidik dan Anya Geraldine itu bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 September depan.

Serigala Langit yang mendapat respon positif selepas ditayangkan di negara republik itu diarahkan oleh Reka Wijaya dan berkerjasama dengan Horizon Film Entertainment, Quin Media dan Cineplus Asia untuk tayangan Malaysia.

Dalam pada itu, Deva juga belajar untuk lebih mencintai diri sendiri dan berterima kasih kepada kru produksi yang banyak membantu para pelakon menjayakan penggambaran filem tersebut.

"Kerjasama luar biasa daripada kru produksi Serigala Langit ini. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami berjaya melakukan segalanya dengan maksima.

"Banyak juga pengalaman menarik dan berharga sepanjang penggambaran. Kami belajar untuk lebih menghargai diri sendiri dan mencintai bangsa serta negara kita," katanya.

A post shared by Deva Mahenra (@devamahenra)


Serigala Langit adalah sebuah filem aksi mengisahkan tentang Gading Baskara, juruterbang udara di Skuad 10 -Serigala Langit yang ditugaskan untuk menjaga seorang ejen.

Bagaimanapun, tugas itu sulit kerana dia berdepan dengan serangan pihak penjenayah yang mempunyai muslihat sendiri.

#Filem #Indonesia #Deva Mahenra #Serigala Langit #Pesawat Tempur