Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

Pelakon Dipenjara 30 Tahun Atas Kesalahan Rogol

Maliah Surip 08/09/2023 | 01:55 MYT
Pelakon Danny Masterson dijatuhi hukuman 30 tahun penjara selepas didapati bersalah atas kesalahan rogol.
Masterson, 47, menerima hukuman maksimum tersebut selepas didapati melakukan perbuatan rogol lebih daripada sekali, lapor CNN.
Bintang yang membawa watak Steven Hyde dalam drama siri popular That 70’s Show tersebut ditahan pada 2020. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah telah merogol tiga wanita di kediamannya sekitar tahun 2001 sehingga 2003.
Pihak guaman Masterson dikatakan akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada Masterson.
Kes Masterson mula terbongkar sejak tahun 2017 selepas Polis Los Angeles atas kesalahan merogol.
#Penjara #Rogol #Danny Masterson