Pelakon Epit & Elly Selamat Bernikah, Netizen Puji Pakaian Patuh Syariah Pengantin!

Amri Hassan
Jun 18, 2019 07:51 MYT
"Dayana ni bukan ustazah atau bukan lepasan Al-Azhar, tapi baju pengantin dia aku rasa lebih elok dari yang aku tengok budak-budak agama pakai time majlis nikah," itu antara komen netizen apabila foto perkahwinan pasangan pelakon drama Epit & Elly, Hadi dan Dayana tular di media sosial.

Dayana ni bukan ustazah , atau bukan lepasan azhar . Tapi baju pengantin dia aku rasa lebih elok dari yg aku tengok bdk2 agama pakai time majlis nikah . Simple dan badan pon tak terbentuk https://t.co/Md11dAK9MA

— BaimBaha™ (@IbrahimAdh_Am) June 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Disifatkan ringkas dan masih mengekalkan ciri-ciri patuh syariah, ramai yang mengangumi cara pasangan itu melangsungkan majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.
Bagi peminat drama bersiri popular sekitar tahun 2011 itu, pastinya figura dua pelakon kanak-kanak itu masih melekat di fikiran peminat.
Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana mulai rapat menerusi drama Epit & Elly dan cinta monyet pasangan itu membawa ke jenjang pelamin setelah mereka disatukan pada 15 Jun lalu.
Dayana yang pernah memenangi pertandingan nyanyian Idola Kecil 2 menyarung persalinan jubah putih lengkap khimar pada majlis akad nikahnya.
Manakala, memilih untuk memakai jubah hitam pada majlis resepsi mereka, sedondon dengan Hadi.
Pemilihan pakaian serba ringkas itu terus menarik perhatian netizen yang memuji sikap bersederhana pasangan itu.
"Make up also, simple sangat dan tak tabarruj tapi still berseri-seri," tulis salah seorang pengguna.
"Baju idaman nikah, simple, tutup segalanya dan tak terbentuk langsung," tambah pengguna lain pula.
"Baju dia tak ketat. I like itu. Nanti nak duduk atas pelamin pun selesa. Tak payah adjust sana sini," tambah @joeaidaaa.
"Teori dan praktikal. Itulah Islam. Tidak nampak keindahan Islam jika ia tidak dipraktikkan oleh umah Islam," sahut @khaiizhaa.
Tidak mustahil Dayana pernah dilantik sebagai Ikon Pertubuhan Kebajikan Aurat Malaysia MOCA (Malaysian On Covering Aurah) pada awal tahun ini.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan Hadi dan Dayana!
#Kahwin #Viral #Kahwin #Viral #Hadi Mazlan #Idola #Kecil #Siti Amirah Dayana