Pelakon Thomas Jefferson Byrd, yang membintangi beberapa filem arahan sutradara Spike Lee ditemui meninggal dunia setelah ditembak di Atlanta, Georgia pada Sabtu (3/10/2020).
Byrd meninggal dunia pada usia 70 tahun dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian belakang badannya.
Menerusi laporan CNN.com, perwakilan dari pihak polis Atlanta memberitahu telah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.45 pagi.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan seorang lelaki yang sudah terbaring kaku tanpa respons.
Lelaki itu kemudian disahkan sebagai Thomas Jefferson Byrd yang meninggal dunia kerana kecederaan parah selepas ditembak.
Insiden itu ternyata mengejutkan dunia perfileman Hollywood.
Spike Lee yang pernah mengarahkan Byrd dalam beberapa filem termasuk Clockers, Red Hook Summer dan He Got Game bersedih dan menyampaikan belasungkawa terhadap kematian aktor kulit hitam itu.
"Saya sangat sedih untuk mengumumkan pembunuhan tragis saudara terkasih kami, Thomas Jefferson Byrd," tulisnya di Instagram semalam.
Biarpun pihak polis mengatakan masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, namun New York Times melaporkan ada sumber memberitahu Byrd telah terbabit dengan satu pertelingkahan kecil di sebuah kedai pada hari yang sama.
"Mungkin orang itu mengekorinya," kata sumber tersebut.
Meski demikian, pihak polis enggan memberi sebarang pengesahan terhadap dakwaan tersebut.
Kredit Foto: Getty Images
Maliah Surip
Mon Oct 05 2020


Penjaga Gol Turkiye Meninggal Dunia, Mangsa Korban Gempa Bumi
Takziah buat keluarga...
![[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga [FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/foto-baby-boy-sado-berat-4-03-kg-isteri-syafiq-yusof-selamat-bersalin-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[FOTO] “Baby Boy Sado, Berat 4.03 Kg” - Isteri Syafiq Yusof Selamat Bersalin Anak Ketiga
Alhamdulillah...

“Jika Negara Lain Boleh Haramkan, Kenapa Kita Mesti Luluskan?” - Undang Risiko Keselamatan, CAP Saran Lato-Lato Tak Patut Dijual
Bahaya juga ya lato-lato ni.

Peraduan Gempak Most Wanted

"2023 Tahun Terbaik Untuk Luaskan Fenomena Selepas SWIPE" - ALYPH Yakin Lancar Lagu Baharu CHECK!
Check lagu baharu ALYPH berjudul CHECK!

Kahar, Kapla High Council Koyak! | Lawak Atau Koyak S2
Koyak jugak akhirnya Kahar Kapla #HighCouncil dengan wartawan tiga suku ni. Dah rangkul tengkuk, sikit lagi kena debik. #LawakAtauKoyak Saksikan High Council setiap Sabtu di Astro On Demand dan Astro Go. Anda juga boleh saksikan di Astro Ria, setiap Isnin jam 9 malam. @amir.ahnaff #ProjekHighCouncil #HighCouncil #AstroOriginals Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838
_1.png?ext=.png)
Rashid Sidek Bersama MILO Bantu Golongan Memerlukan, Hasil Jualan 10,000 Pek Bantu Keluarga B40
Tahniah MILO
![[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama [TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/2008576/14278186321675857078566_640x390.jpg)
[TRAILER] Derhaka Sebuah Cinta | Mega Drama
#DerhakaSebuahCinta setiap Isnin – Khamis, 11 Malam di Astro Ria atau strim di Astro GO! Arahan: @ejumpmohd Produksi: @suhanmovies Untuk gossip dan berita layari www.gempak.com Untuk banyak lagi video, tonton di Instagram bambam_studios

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 2
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama

Dia Yang Ku Jadikan Suami - EPISOD 4 | Part 5
Puan Anisa mengajak Nazneen untuk tinggal bersama mereka atas apa yang dah jadi disebabkan oleh anaknya. Naim pula merasa tidak senang untuk memberitahu tunangnya yang dia perlu bertanggungjawab terhadap Nazneen. Apa yang jadi selepas itu? Jom kita tengok! #diayangkujadikansuami #megadrama