Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Pelakon Filem He Got Game, Thomas Jefferson Mati Ditembak Kejam

Maliah Surip
05/10/2020 10:20 MYT
Pelakon Thomas Jefferson Byrd, yang membintangi beberapa filem arahan sutradara Spike Lee ditemui meninggal dunia setelah ditembak di Atlanta, Georgia pada Sabtu (3/10/2020).

Byrd meninggal dunia pada usia 70 tahun dengan beberapa kesan tembakan pada bahagian belakang badannya.

Menerusi laporan CNN.com, perwakilan dari pihak polis Atlanta memberitahu telah menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 1.45 pagi. 

Sebaik tiba di lokasi kejadian, mereka menemukan seorang lelaki yang sudah terbaring kaku tanpa respons.

Lelaki itu kemudian disahkan sebagai Thomas Jefferson Byrd yang meninggal dunia kerana kecederaan parah selepas ditembak.

Insiden itu ternyata mengejutkan dunia perfileman Hollywood. 

Spike Lee yang pernah mengarahkan Byrd dalam beberapa filem termasuk Clockers, Red Hook Summer dan He Got Game bersedih dan menyampaikan belasungkawa terhadap kematian aktor kulit hitam itu.

"Saya sangat sedih untuk mengumumkan pembunuhan tragis saudara terkasih kami, Thomas Jefferson Byrd," tulisnya di Instagram semalam.

Biarpun pihak polis mengatakan masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut, namun  New York Times melaporkan ada sumber memberitahu Byrd telah terbabit dengan satu pertelingkahan kecil di sebuah kedai pada hari yang sama.

"Mungkin orang itu mengekorinya," kata sumber tersebut.

Meski demikian, pihak polis enggan memberi sebarang pengesahan terhadap dakwaan tersebut.

Kredit Foto: Getty Images
 
#Meninggal Dunia #Tembak #Thomas Jefferson Byrd