Hollywood

Pelakon Filem Rambo First Blood Meninggal Dunia

Mya Amri
17/04/2020
11:54 MYT
Pelakon yang memegang watak Syerif William Teasle dalam filem sulung Rambo "First Blood" meninggal dunia pada usia 81 tahun, lapor Awani.
Brian Dennehy, pelakon versatil yang berkecimpung dalam filem dan pentas sepanjang kariernya selama 50 tahun meninggal dunia pada Rabu.
First Blood merupakan filem pertama yang membuka jalan untuk mendiang menempa nama dalam industri filem.
Pelakon utama filem itu, Sylvester Stallone dalam postingnya di Instagram (@officialslystallone) mengucapkan takziah atas pemergian Dennehy.
"Brian Dennehy telah pergi meninggalkan kita. Mendiang seorang pelakon hebat ... dia juga seorang veteran perang Vietnam yang banyak membantu saya membina karakter sebagai RAMBO.
"Dunia telah kehilangan seorang artis yang hebat. #First Blood."
Sepanjang kariernya, Dennehy pernah memenangi dua Anugerah Tony termasuk pelakon terbaik dalam Death of a Salesman, Anugerah Laurence Olivier, Golden Globe, Anugerah SAG selain enam pencalonan dalam Anugerah Primetime Emmy.
Selain filem aksi First Blood di samping Sylvester Stallone, mendiang pernah berlakon dalam beberapa genre filem lain termasuk komedi dan sastera Shakespeare antaranya Romeo + Juliet.
Dennehy juga pernah berlakon di samping Robert De Niro dan Al Pacino dalam Righteous Kill pada 2008, dan Russell Crowe dalam The Next Three Days pada 2018.
Dennehy meninggal dunia di New Haven, Connecticut ditemani isteri Jennifer Arnott dan anak-anaknya Cormac, Elizabeth, Kathleen, Deirdre serta keluarga mereka.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.