Pelakon ‘Game of Thrones’ Antara Yang Diumumkan Menyertai Angelina Jolie Dalam Filem The Eternals!

Hanafis Haris
Ogos 26, 2019 09:48 MYT
Keterujaan membabitkan fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) dilihat semakin memuncak apabila Marvel membuat pelbagai pengumuman pada acara D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California, baru-baru ini.
Paling mengejutkan adalah pelakon ‘Game of Thrones’ (GoT) Kit Harrington kini disahkan sebagai pelakon terbaru yang bakal membintangi The Eternals.
Menurut laporan Deadline, Harrington bakal membawa watak The Black Knight.
Tidak cukup dengan itu, pelakon Captain Marvel, Gemma Chan juga turut diumumkan membintangi filem tersebut.
Pengumuman ini sekali gus menjadikan Gemma pelakon pertama yang memegang dua watak dalam MCU.

gemma chan, angelina jolie, richard madden, & kit harrington being in an mcu movie together is so powerful pic.twitter.com/a2myA7yuVk

— zoe ☆ (@BLACKWlDCWS) August 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kedua-dua pelakon ini akan menyertai Angelina Jolie, Kumail Nanjiani, Salma Hayek, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Lia McHugh dan Don Lee.
Sementara itu menerusi D23 Expo 2019, pihak Marvel turut melancarkan poster bagi setiap karakter bagi filem tersebut.
Anda boleh lihat kesemua gambar tersebut di bawah.
Untuk makluman, The Eternals dijangka ditayangkan di pawagam pada 6 November 2020.
#Marvel #MCU #D23