Laman Utama
Pelakon Hebat Belaka, Yang Senior Pun Ada! Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut Pastinya Menghiburkan!
Filem komedi seram, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut bakal menjengah pawagam rumah anda mulai Khamis ini!
Filem arahan Nazir Jamaluddin ini pastinya sarat dengan unsur jenaka meskipun diselit penceritaan seram.
Menariknya tentang filem ini, barisan pelakon yang ditampilkan cukup berpengalaman seperti Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar dan Tasha Shila.
Tidak berakhir setakat itu, senarai pelakon Jangan Takut: Kau Takut, Aku Pun Takut diikuti barisan pelakon senior berbakat seperti Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Semestinya mereka hebat dalam mempersembahkan sesebuah naskah dengan lakonan mantap yang pasti menghiburkan.
Semoga filem ini dapat dijadikan hiburan di rumah ketika orang ramai mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi mengekang penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.
Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.
Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.
Nak tahu lebih lagi? Anda harus tonton Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut di Astro First, mulai 8 Julai ini okay!
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Must-Watch Video