Hiburan
Pelakon Indonesia Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin Dedah Nazar - "Saya Mahu Bawa Ibu Naik Kereta Api"
Pelakon Indonesia, Galih Ginanjar yang terpalit dengan isu menghina kemaluan isteri bernazar mahu membawa ibunya pulang ke kampung halaman jika dia dibebaskan.
Dipenjarakan hampir tujuh bulan, Galih berazam mahu membawa ibunya pulang ke Garut, Jawa Barat dengan menaiki kereta api.
"Jika saya dibebaskan, saya bernazar mahu mengajak ibu saya berjalan pulang ke kampung. Saya mahu naik kereta api," kata Galih yang dipetik di portal Cumi Cumi.
BACA: Gara-Gara Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun
Galih juga menyimpan hasrat untuk kembali aktif sebagai pelakon selepas dibebaskan nanti.
"Selepas keluar, apa yang saya mampu buat, saya akan lakukan sahaja. Jika sebelum ini saya tak dapat memberikan tumpuan dan harus berhenti berlakon, saya mahu kembali.
"Sejak dari dulu lagi, minat saya adalah lakonan dan berharap akan dapat kembali berlakon dalam sinetron," katanya lagi.
Sumber & Foto: Cumi Cumi
Must-Watch Video