Hiburan

Pelakon Johan Abdullah Meninggal Dunia

gempak
Awani
08/12/2024
02:30 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Johan Abdullah Meninggal Dunia
Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, 75, meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar pada Sabtu.

Jangkitan kuman dalam darah

Menurut laporan Sinar Harian, isterinya iaitu Sarepah Meriam Aboo, 51, berkata, Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam akibat jangkitan kuman dalam darah.

"Sebenarnya dalam seminggu ini arwah tidak ada selera makan melainkan hanya minum susu dan disebabkan itu badannya semakin lemah.

"Pada jam 12 tengah hari (Sabtu), dia masih boleh duduk lagi, tapi tiba-tiba jam 3 petang itu nafasnya mula tercungap-cungap," katanya.
Ujarnya, Allahyarham kemudiannya telah dibawa ke hospital selepas jirannya menghubungi ambulans.

Radang usus

Tambahnya, selepas tempoh 40 minit dirawat di zon kecemasan, arwah diberi bantuan pernafasan dan diberitahu oleh doktor ada jangkitan kuman dalam darah.

"Sepatutnya Rabu depan arwah ada rawatan susulan berkenaan radang usus, tapi nampaknya tak sempat. "Arwah ini ada pelbagai penyakit iaitu penyakit angin ahmar, parkinson, jantung, keradangan usus dan otak mengecut," jelasnya.

Bagaimanapun, kata Sarepah Meriam, dia tidak sangka yang suaminya itu akan pergi secepat itu.
Ujarnya, arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ainsdale pada jam 11.30 pagi ini.
Sumber: AWANI menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024