Pelakon Korea Ditemui Mati Bunuh Diri Kerana Tertekan

Ahmad Shah
Disember 16, 2015 06:20 MYT

Pelakon Korea yang membintangi drama berjudul ‘Cheer Up’, Kang Doo Ri ditemui mati dirumahnya di Gang-du, Bupyeong-gu, Incheon pada Selasa.

Menurut laporan media Korea, Kang Doo Ri disahkan meninggal dunia akibat bunuh diri kerana tekanan perasaan.
Malah kenalan rapat pelakon berusia 22 tahun ini mengatakan, Kang Doo Ri telah menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan dia mengalami tekanan perasaan dan solah-olah memberi petunjuk untuk membunuh diri.
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, kenalan rapatnya terus menghubungi pihak polis sebelum aktres itu kemudiannya ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.
Selepas siasatan dijalankan, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dan polis mengesahkan kematian Kang Doo Ri itu sebagai bunuh diri.
Lebih menyedihkan, Kang Doo Ri juga pernah memuat naik status di laman sosial pada 11 Desember yang mengundang rasa pelik dikalangan peminatnya.
“Kebelakangan ini saya telah menghadapi waktu sukar kerana masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Selepas drama lakonan saya selesai ditayangkan, keadaan menjadi semakin baik. Tetapi tidak lama selepas itu, situasi telah menjadi lebih teruk dan saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya cuba untuk bersedia dan kembali kepada anda." tulisnya
Majlis pengebumian Kang Doo Ri akan berlangsung pada hari ini.

Susunan Oleh: Mya Amri

Sumber: Koreaboo

#Pelakon Korea #Kang Doo Ri #Bunuh Diri