Pelakon dan pembaca berita Korea, Kim Min Ah dilaporkan telah menjalani ujian untuk mengesan jangkitan wabak Koronavirus (COVID-19) semalam.

Ujian itu dibuat selepas Min Ah menunjukkan beberapa simptom jangkitan wabak itu.

Difahamkan, Min Ah telah meninggalkan set penggambaran awal selepas mengalami demam dan sakit-sakit badan.

Berita itu disahkan oleh wakil syarikatnya, JTBC dan memaklumkan keputusan ujian masih belum dikeluarkan.

“Min Ah sekarang dikuanrantin selepas menjalani ujian untuk Koronavirus disebabkan mempunyai simptom demam. Jadi segala program yang melibatkan Min Ah telah dibatalkan. Malah staf yang terlibat sepanjang program tersebut juga turut dikuarantinkan,” jelas wakil JTBC.

Min Ah sebelum ini pernah muncul dalam rancangan bersiri YouTube oleh Jang Sung Kyu, Workman.

Terdahulu, Korea Selatan telah mengumumkan amaran tahap tertinggi susulan kenaikan jumlah rakyatnya dijangkiti koronavirus (COVID-19) secara mendadak.

Sumber: JTBC, Koreaboo