Pelakon Legenda Baba Nyonya, Datuk Kenny Chan Meninggal Dunia
Amri Hassan
13/06/2018 02:07 MYT
13/06/2018 02:07 MYT
Pelakon veteran, Datuk Kenny Chan dilaporkan telah meninggal dunia di sebuah hospital di Melaka pada petang Selasa (12 Jun).
Berita dukacita itu disahkan oleh isterinya, Fern Loo.
"Dia dimasukkan ke hospital pada hari Isnin kerana jangkitan paru-paru. Kami fikir dia akan pulih, "katanya.
Mendiang yang berusia 68 tahun mempunyai tiga orang anak iaitu Darrick, Allen dan Shalyn.
Chan terkenal dengan peranannya sebagai Bibik Kim Neo di Baba Nyonya TV1.
Manakala Chee Hood Siong pula yang memainkan sahabat Bibik Kim Neo, Ah Chim. Chee meninggal pada tahun 2011.
Siri komedi tersebut mendapat pengiktirafan Malaysian Book Of Records sebagai siri TV paling lama di negara ini, yang berlangsung dari tahun 1980-an hingga 2000, dengan jumlah keseluruhan 509 episod.
Selepas tayangan sitkom itu berakhir, Chan berpakaian sebagai watak ikoniknya sekali lagi dan muncul dalam muzik video Nasi Lemak 2.0 nyanyian Namewee.
Selain itu, Chan juga seorang yang bersemangat dengan masakan Peranakan dan membuka sebuah restoran, Big Nyonya, di Melaka.
Sumber: Star2
Foto: Carian Google