Seorang pelakon lelaki ditahan malam tadi selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan datang ke rumah bekas tunangnya berusia 23 tahun di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang, kira-kira 9 pagi hari kejadian.
“Bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat.
“Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya,” katanya memetik laporan Harian Metro
Ismadi berkata, suspek yang bengang dengan permintaan wanita itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.
“Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap selain diugut oleh suspek berkenaan.
“Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku,” katanya.
Beliau berkata, suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi.
“Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku memukul mangsa. Bagaimanapun, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Amri Hassan
Sun Jul 28 2019


Bahaya Ketum! Boleh Buat Ginjal Rosak, Jangkitan Dalam Darah & Radang Hempedu
Bahan terlarang.

Kecut Perut! Hanis Zalikha & Hairul Azreen Buat Aktiviti Terjun Bungy Di NZ - “Ni Baru Betul You Jump I Jump”
Couple yang sporting gila!

Gadis Cantik & Single Belum Jumpa Jodoh, Makan Hati Last-Last Nenek Usia 66 Tahun Kahwin Dahulu
Mungkin jodoh belum lahir lagi sobs.

Ewan, Rea & Aswad Jalil Suara Baharu Di GEGAR Petang & Malam
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
![[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua [VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/lee-pil-mo-seo-soo-yeon-dapat-baby-boy.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: Lee Pil Mo & Seo Soo Yeon Dapat Baby Boy, Tak Kisah Dedah Wajah Anak Kedua
Jarang ya pelakon Korea nak dedah wajah anak.
.jpg?ext=.jpg)
Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?
MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.

Qasrina, Emma Rebut Senduk! Ramai Teruja Tengok Poster Senduk Swap - "Bukan Saja Berasap, Meletup-Letup Ni"
Confirm berasaplah dapur bila Qasrina dan Emma Sofea terlebih kacau! Apa lagi bila keluar poster kedua-dua mereka sedang berebut senduk.

“Good Idea Lets Do It..” - Syamsul Yusof Sambut Baik Cadangan Maya Karin Mahu Jadi Mahsuri
Kita kasi jadi!

Berdepan Masalah Kesihatan Mental, Tom Holland Tutup Akaun Instagram - “Saya Rimas Baca Berita Mengenai Saya”
Semoga cepat sembuh.

Viral Digelar Jual ‘Bisnes Air Liur’, Najib Asaddok Asalnya Orang Susah - "Mak Kerja Kilang, Ayah Meninggal Dunia, Saya Stay Dengan ..."
Netizen persoal Najib Asaddok ajar orang ilmu pemasaran.