Pelakon Liontin, Naysila Mirdad Sudah Peluk Islam Sebab Nak Kahwin? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Izwan Isa
15/12/2021 13:50 MYT
15/12/2021 13:50 MYT
Menjelang pernikahannya dengan Roestiandi Tsamanov, pelakon yang pernah popular dengan sinetron Lionton, Naysila Mirdad dikhabarkan telah memeluk agama Islam.
Namun, ketika diajukan mengenai kebenaran status agamanya baru-baru ini, wanita berusia 33 tahun itu sempat mengelak daripada memberikan pengesahan.
“Kenapa perlu dibawa ke arah sana?,” ujarnya Naysila seperti yang dilaporkan oleh portal Suara.
Sungguhpun enggan mengaku tentang pertukaran agamanya, anak kepada Putri Lydia Kandou dan Jamal Mirdad itu meminta agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Pokoknya saya mintak didoakan sahaja semua yang terbaik,” ujar Naysila.
Dalam pada itu, Jamal, 61, turut mendoakan anaknya selalu sihat dan selamat dunia akhirat.
“Apa yang paling penting bagi orang tua adalah anak-anak sihat dan selamat dunia akhirat. Nanti kalau sudah bersuami dan mempunyai cucu, semua sihat dan selamat dunia akhirat. Yang lain-lain mengalir saja biar berjalan,” katanya.
Terdahulu, perkhabaran mengenai Naysila memeluk agama Islam dicetuskan oleh Jamal sendiri apabila dia menyatakan yang anaknya itu bakal mengikuti agama calon suaminya, Roestiandi.
Untuk rekod, Jamal Mirdad dan Lydia Kandou sebelum ini menjalani pernikahan berbeza agama. Bagaimanapun, anak-anak mereka iaitu Naysila Mirdad dan Nana Mirdad mengikuti agama ibunya iaitu agama Kristian.