Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial berkenaan dengan kisah seorang pelakon baharu, Danish Iskandar yang mendakwa tertipu sehingga melakonkan watak gay dalam sebuah drama siri.

Lebih memburukkan keadaan, drama tersebut juga difahamkan bertujuan untuk mempromosikan aplikasi hubungan songsang yang dilihat sebagai tidak molek untuk digunakan oleh pengguna di Malaysia.

Justeru, pelbagai pendapat dilontarkan terhadap Danish yang rata-rata tidak bersetuju melihat dia melakonkan watak dalam drama berkenaan.

Ada juga antara netizen yang menyelar pihak produksi bagi drama berkenaan yang dilihat seolah-olah mengeksploitasi pelakon Danish yang masih lagi berusia 17 tahun.

Sehinggakan, Danish membuat keputusan untuk mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

BACA: Isu Drama Gay Melayu; Danish Iskandar Mohon Maaf, Pertimbang Ambil Tindakan Undang-Undang

Namun, lain pula ceritanya dengan pelakon Iman Zulkarnain. Pernah membintangi drama bersiri popular Nur 2 suatu ketika dahulu, Iman mengakui terbuka dengan permainan watak dan pernah membintangi sebuah filem pendek gay yang boleh ditonton di platform Youtube.

“Kepada Danish Iskandar. Kata nak jadi pelakon. So berlakon je la. Watak kunyit ke apa ke, if you're good then you know la what you're doing. Relax.. Hanya lakonan, tak perlu nak terkejut ke marah ke apa.

“Nah saksikan abam dan Luqman Junaidi jadi kunyit di dalam filem pendek Merpati Putih Tak Pernah Ingkar Janji di YouTube.

“No issue pun. Siap menang awardssss lagi. Relax dik.

“Kepada netizen, sebelum kecam saya, sila hadam isi disebalik karya ini. Sumpah saya straight,” tulisnya sambil berkongsi babak-babak lakonannya dalam filem pendek berkenaan.

A post shared by Iman Zulkarnain ✨ (@imanzulkarnain91)


Begitupun, menerusi satu komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya, Iman turut bersetuju yang mempromosikan drama tersebut bersama aplikasi songsang adalah satu perbuatan tidak wajar.

“Betul bro, tapi tengok context jugak. Macam movie dia berlakon ni promote apps bro. Tak bolehhh laa. Kalau sekadar lakonan dan memberi pengajaran. Takpe,” komen pengikutnya.

Iman kemudian menjawanb: “Tu ah tu. Betul. But aku bagi encouragement as an actor je,” katanya ringkas.