Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pelakon Project; Exit, Liza Hanim, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Finalis Kilauan Emas Memeriahkan Project Festival!

Amri Hassan
21/10/2024 05:45 MYT
Bintang drama terbaharu Project; Exit dan barisan penyanyi hebat tanah air antaranya Liza Hanim, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi antara barisan selebriti yang akan hadir memeriahkan Project Festival!

Selain itu, finalis rancangan realiti popular Kilauan Emas juga akan turut sama hadir untuk bertemu peminat.

Bermula 26 Oktober ini, Astro akan menganjurkan Project Festival yang menampilkan filem Kahar: Kapla High Council serta artis-artis dari program menarik Astro seperti Project: Exit, Don Dukun, dan banyak lagi.



Artis seperti Qal, Wany Hasrita, Akhil & Sufian Suhaimi, Eriq dari The Chosen One, Scha Nuril & Muaz J, Ezzanie Jasny dari Uncle Boss Mama, FBI, Nana Mahazan, Haziq Hussni dari Borak Seeni, Liza Hanim dari drama Ternyata Sebuah Bahagia, serta finalis Kilauan Emas akan memeriahkan festival ini pada hari kedua bermula 1 petang pada 27 Oktober.

Temui mereka dan Jom Usha bermula 26 Oktober hingga 27 Oktober di Centre Court Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam, Selangor.

Bagi pelanggan Astro Rewards, anda boleh menebus ganjaran di aplikasi My Astro App bermula 21-24 Oktober. Untuk keterangan lanjut, muat turun My Astro App.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Astro Malaysia di platform media sosial.
#Astro #Kilauan Emas #Wany Hasrita #Liza Hanim #Project Exit #Project Festival
;