Hiburan
Pelakon Siri TV 'YOU' Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Seorang pelakon filem Hollywood dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi jangkitan koronavirus, lapor Astro AWANI.
Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV "YOU", meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus itu minggu lepas.
Isterinya Janet Zarish berkata mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti.
Blum, bagaimanapun dilapor menghidap asma.
Syarikat pengendali teater New York, Playwrights Horizons mengumumkan kematian aktor itu pada Khamis di akaun Twitter.
“Dengan berat hati dan rasa kasih, Playwrights Horizons mengucapkan takziah kepada Mark Blum, rakan lama dan artis hebat yang pergi meninggalkan kita minggu ini.With love and heavy hearts, Playwrights Horizons pays tribute to Mark Blum, a dear longtime friend and a consummate artist who passed this week. Thank you, Mark, for all you brought to our theater, and to theaters and audiences across the world. We will miss you. pic.twitter.com/NMVZFB5hPb— Playwrights Horizons (@phnyc) March 26, 2020
“Terima kasih, Mark, di atas sumbangan anda kepada teater ini, dan teater juga penonton lain di seluruh dunia. Kami merindui mu.”
Blum dilahirkan pada 14 Mei 1950. Antara filem yang pernah dibintanginya termasuk "Blind Date", "Eighties" dan "Lovesick".
Penglibatan terbaharu Blum adalah dalam siri psikothriller televisyen "YOU" di mana mendiang memegang watak sebagai pemilik kedai buku bernama Mooney.
Siri TV lain yang dibintanginya termasuk "Roseanne", "New York Undercover", "CPW", "The West Wing", "NYPD Blue", and "Frasier".
Sumber: Astro AWANI
Must-Watch Video