Laman Utama

Pelakon Telenovela Ditembak Mati Ketika Jemput Anak Dari Latihan Bola Sepak, Pernah Diculik Juga Sebelum Ini!

gempak
Amri Hassan
18/12/2021
13:55 MYT
Sponsor Banner
Pelakon Telenovela Ditembak Mati Ketika Jemput Anak Dari Latihan Bola Sepak, Pernah Diculik Juga Sebelum Ini!
Pelakon telenovela dan penyanyi Mexico, Tania Mendoza meninggal dunia apabila ditembak ketika sedang menunggu anaknya yang berusia 11 tahun tamat latihan bola sepak pada Selasa.
Mendoza, 42, yang sedang menanti anaknya di kompleks sukan didatangi dua lelaki bersenjata dengan membonceng motosikal dan terus menembak mangsa bertubi-tubi.
Mendoza pernah popular pada 2005 menerusi filem La Mera Reyna del Sur dan pernah membintangi beberapa soap opera sebelum melebarkan sayap dalam dunia nyanyian dan memiliki lima buah album.
Pada 2010, Mendoza pernah diculik bersama suami, Rafael Sanchez Rojas, dan anak lelakinya yang baru berusia enam bulan ketika itu dari sebuah pusat cuci kenderaan. Sejak itu dia kerap menerima ancaman bunuh.
Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca dan motif pembunuhan Mendoza namun sehingga kini belum ada penangkapan dibuat.
Sumber: BBC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live