Laman Utama
Pelakon Tertidur & Berdengkur Sewaktu Babak Meninggal Dunia
Seorang pelakon kelahiran Indonesia, Fandy Christian menceritakan pengalaman memalukan dan lucu sewaktu terbabit dalam sebuah karya seram yang dibintanginya.
Fandy mengatakan tertidur dan berdengkur sewaktu terbabit dalam babak yang memerlukan dirinya telah meninggal dunia.
Insiden itu terjadi selepas dirinya cuba untuk menghayati watak orang telah meninggal dunia selain perlu senyap bagi memastikan babak tersebut berjaya dilakukan.
“Sepatutnya kena buat-buat mati kerana ia babak meninggal dunia. Tapi saya tertidur.
“Bukan hanya tertidur saya sempat berdengkur dengan kuat,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.
Aktor tersebut menjadi salah seorang pelakon dalam Losmen Melati The Series. Siri tersebut telah menjadi penggambaran selama empat bulan pada tahun lalu.
Dia mengatakan waktu itu sepatutnya rakan pelakon lain iaitu Shareefa Daanish yang membawa watak Wati membacakan jampi di hadapan dirinya yang sudah meninggal dunia.
“Dia sudah hafal semua ‘jampi’ dalam bahasa Jawa, tapi saya pula berdengkur,” tambahnya lagi.
Fandy membawa watak Sigit dalam karya seram dan mempunyai unsur supernatural tersebut.
Must-Watch Video