Pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain meninggal dunia pada usia 76 tahun sebentar tadi.

Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar dan bapa kepada pensyarah serta aktres Dr. Norzizi Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika azan maghrib.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Zazleen Zulkifli sebentar tadi.

“Insya-Allah jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas Zohor.

“Papa dah memang sakit angin ahmar lama. Dia juga ada sakit jantung, darah tinggi kencing manis dan buah pinggang.

“Mohan doakan arwah papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Untuk makluman, sekitar Mac lalu pelakon veteran itu sebelum ini berada dalam keadaan kritikal apabila disahkan mengalami pendarahan dalam otak.

Malah, Allahyarham ini sebelum ini pernah diserang angin ahmar pada 2016.