Pelakon televisyen veteran Bollywood, Veena Kapoor dibunuh oleh anak lelakinya sendiri dalam satu pergaduhan akibat harta.

Kapoor, 74, telah dipukul dengan teruk menggunakan kayu besbol selepas pergaduhan dengan anak lelakinya itu yang sebelum ini menetap di Amerika Syarikat.

Menurut laporan pihak berkuasa anak lelakinya itu mengaku telah membunuh ibunya sendiri hanya disebabkan perselisihan faham melibatkan tanah bernilai RM6.4 juta.

Polis telah menahan tertuduh, Sachin Kapoor, 43, dan individu yang didakwa bersubahat dengannya, Chhotu atau nama sebenarnya Lalu Kumar Mandal, 25, yang terbabit dalam pembunuhan itu.

Terdahulu, kehilangan aktres itu mulai dihidu oleh pengawal keselamatan kediaman Kapoor yang bertindak memaklumkan kepada polis Juhu.

Difahamkan, selepas membunuh ibunya, lelaki berkenaan telah membuang mayat terbabit ke dalam sebatang sungai berhampiran Matheran di daerah Raigad, Mumbai, India.



Kapoor pernah terbabit dalam drama Bhabhi yang disiarkan sekitar tahun 2002 hingga 2008.

Selain itu, antara filem lakonan Kapoor ialah Mitter Pyare Nu Haal Mureedan Da Kehna, Dal: The Gang dan Bandhan Pheron Ke.

Sumber: Times of India, The Sports Grail