Terkejut beruk Miss K bila dapat tahu tentang seorang pelakon wanita yang meminta bayaran sebanyak RM15,000 untuk menjadi pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.

Amboi cik kak, tingginya minta bayar? Sangkak sangat ke kehidupan awak sekarang?

Atau cik kak memang tak tahu bayaran pembaca berita tu berapa? Meh sini Miss K bagitahu.

Cik kak, setiap pembaca berita dibayar mengikut kekerapan membaca dalam tempoh sebulan dan jumlah bayaran pula sekitar RM120 hingga RM150 sekali baca.

Jadi mana nak dapat RM15,000 sebagai pembaca berita cik kak! Ditambah dengan gaji bulanan seorang wartawan penyiaran pun belum tentu dapat!

Apapun Miss K pujilah semangat pelakon wanita ini nak cuba cabang kerjaya baru dan khabarnya dia dah pegi mock-run pun.

Kepada yang tak tahu, mock-run itu macam audition la sebelum jadi pembaca berita.

Kata sumber, mock-run pelakon wanita tersebut not bad, cuma tak masuk akal bila dia minta bayaran yang terlalu tinggi.

Mungkin kerana tak ada job menyebabkan pelakon wanita itu terdesak meminta bayaran yang tinggi?

Lagipun Miss K dah tak nampak lagi wajah dia mewarnai drama-drama di stesen TV.

Ada juga yang bisik-bisik ke telinga Miss K, katanya pelakon wanita ini sekarang tidak semewah dulu. Kalau dulu memandu Mercedes, sekarang hanya naik teksi!

Miss K: Betul ke Hans Isaac nak kahwin tahun depan? Dengar cerita akan buat pengumuman tak lama lagi, iya ka?

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!