,
Laman Utama

Pelan Pascabayar Celcom Tawar Lebih Nilai Dengan Penjimatan Terbaik Untuk Seluruh Keluarga Malaysia

Izwan Isa
15/09/2022
08:17 MYT
Celcom sebagai syarikat telekomunikasi yang prihatin, sentiasa berusaha untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan produk dan perkhidmatan yang berpatutan supaya dapat kekal terhubung tanpa sebarang kebimbangan dengan nilai dan penjimatan terbaik
Dengan lebih ramai keluarga Malaysia berinteraksi secara digital antara satu sama lain mengikut personaliti digital mereka yang unik, minat, keperluan dan keutamaan sambil kekal berhubung, mereka juga sentiasa mencari nilai terbaik dan pelan penjimatan buat keluarga mereka.
Disokong oleh liputan rangkaian terluas, Celcom faham akan kebimbangan tersebut dan telah memperbaharui pelan Pascabayar dan Fibre bagi memenuhi keperluan pelajar, pekerja yang baharu memulakan pekerjaan dan keluarga dengan memberikan nilai terbaik, mengikut kesesuaian keperluan mereka.
Justeru, berita baik buat pengguna, pelan pascabayar Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah ditambahbaik bagi memenuhi pelbagai jenis keperluan internet untuk keluarga pelbagai saiz dengan memberikan kuota internet, pilihan terluas dan pelbagai peranti percuma serta pelan semua dalam satu iaitu pelan Home Fibre dan Pascabayar.
Chee Loo Fun, Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad, berkata: “Celcom sentiasa menginovasi produk dan perkhidmatan dengan penawaran mampu milik dengan penjimatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Permintaan terhadap pengalaman internet terus meningkat secara berbeza untuk setiap isi rumah atau individu, Celcom ketahui perkara ini dan akan menambahbaik pelan pascabayar dengan tawaran yang tiada tandingan.
“Tambahan pula, kami juga menawarkan penjimatan hebat kepada keluarga Malaysia untuk memiliki telefon pintar serba baharu, termasuk peranti terkini yang menyokong rangkaian 5G.
“Keluarga Malaysia dapat memperibadikan gaya hidup dan pengalaman digital mereka yang unik dengan peranti baharu, termasuk kuota internet yang lebih banyak supaya dapat dikongsi bersama seisi keluarga.
Bagi keluarga yang inginkan kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan, mereka boleh memilih pelan konvergen kami yang memberikan kebaikan dari kedua-dua Home Fibre serta pelan pascabayar, dan kekal terhubung untuk kesemua keperluan digital mereka, sama ada untuk keperluan kerja, permainan, penstriman video ataupun pembelajaran.
Celcom akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai bagi pelanggan kami dengan memberikan liputan terluas serta prestasi rangkaian yang konsisten,” tambah Loo Fun.
Pelan MEGA™ dan Xpax Postpaid™ Celcom telah ditambahbaik untuk memberi lebih banyak pada harga yang lebih murah, dengan memberikan lebih banyak kuota pada harga yang sama.
Pelan pascabayar MEGA™ Lightning Family Celcom
  • Ditambahbaik dengan tambahan kuota internet sebanyak 10GB.
  • Hingga 6 Talian Keluarga.
  • Dengan minimum 2 Talian Keluarga, pelanggan Celcom MEGA™ Lightning atau MEGA™ Unlimited akan menikmati rebat sebanyak RM20 (diskaun 50%) untuk setiap Talian Keluarga selama 6 bulan.
Pelan Pascabayar™ Celcom Xpax
  • Celcom Xpax Postpaid™ 40 menawarkan 20GB dengan harga yang sama untuk kuota internet berganda manakala Celcom Xpax Postpaid™ 60 menawarkan 40GB kuota internet berkelajuan tinggi.
  • Samsung Galaxy A03 PERCUMA.
  • Kuota internet tambahan sebanyak 5GB apabila mendaftar.
  • Akses tanpa had untuk YouTube, Instagram, WhatsApp dan Facebook.
Buat pelanggan Celcom yang inginkan Talian Keluarga yang berpatutan serta kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan untuk kediaman mereka, Celcom menawarkan pelan konvergen yang berpatutan dengan internet tanpa had berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps.
Pelan pascabayar dan fiber semua dalam satu
  • Penjimatan seumur hidup sebanyak RM191 sebulan.
  • Sehingga enam Talian Keluarga, dengan Internet Tanpa Had pada harga RM20 untuk setiap talian.
  • Kesalinghubungan internet Home Fibre PERCUMA apabila melanggan dua (2) pelan Celcom MEGA™ Unlimited pada harga RM158 untuk setiap satu.
Bagi pelanggan yang ingin tukar atau miliki peranti yang terkini, Celcom telah menambahbaik pakej peranti dengan pilihan peranti yang terbaik serta PERCUMA, termasuklah peranti yang menyokong rangkaian 5G. Tambahan lagi, Pelan pascabayar Celcom MEGA™ dengan Talian Keluarga membolehkan pelanggan untuk memiliki peranti 5G kedua secara PERCUMA.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layarihttps://www.celcom.com.my/personal/postpaid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Semak Status Pinjaman Menerusi Aplikasi LULUS Bermula November! Tak Perlu Beratur Panjang Lagi Lepas Ni

gempak
05/08/2023
07:28 MYT
Kerjasama Erbe World, CTOS dan CelcomDigi dijangka bakal mengubah landskap industri kewangan Malaysia
Laman Utama

Tonton Sambutan Acara Sukan Terbesar Piala Dunia 2022 Dengan Celcom! Gila-Gila Bola Celcom Tawar Siaran Perlawanan Dengan Lancar & Berpeluang Menangi Pelbagai Hadiah Menarik!

gempak
16/12/2022
04:30 MYT
Wow hebat betul tawaran Celcom!
Advertorial

Jangan Tak Percaya, 4 Langkah Mudah Ini Boleh Dapat Income Extra Masa PKPP!

gempak
05/08/2020
03:05 MYT
Iklan

Celcom Membawakan Kembali 5 Sekawan™ Kegemaran Anda Sempena Deepavali Ini!

gempak
05/11/2018
07:41 MYT
Unitar