Komposer dan penyanyi hip hop, Altimet menjadikan van syarikat miliknya sebagai ambulans mampu guna untuk yang memerlukan sebagai jariah.

Van tersebut masih lagi dalam proses untuk diubah suai sebelum akan disumbangkan kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia.

"Hujung minggu lepas, saya melawat van syarikat saya yang sedang ditukar menjadi ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

"Esok saya post video dia ok? Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi, pelan-pelan kayuh.

"Moga kenderaan ini boleh bawa manfaat buat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang, @onenationcentre let's gooooo!!!! #kitajagakita #ambulansjariah," tulisnya.

Altimet berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto bersama van tersebut.

Difahamkan kos ubahsuai itu dibiayai oleh pertubuhan, melalui derma daripada orang ramai.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usaha murni Altimet.