VIRAL
Pelancong UK Puji Malaysia, Anggap Vibe Di Ipoh Lebih Seronok - “Mereka Selalu Senyum..Peramah”
Seorang pelancong wanita dipercayai dari United Kingdom (UK) meluahkan rasa kagum terhadap suasana di Malaysia, khususnya ketika berkunjung ke bandar Ipoh.
Wanita berkenaan menyifatkan orang Malaysia sebagai ramah dan sentiasa murah dengan senyuman selain memuji suasana malam di negara ini yang jauh berbeza dengan negaranya.
undefined
“Saya memang suka orang Malaysia, mereka sentiasa tersenyum dan sangat mesra,” katanya.
Menurutnya lagi, pengalaman berada di Ipoh memberi satu perasaan yang cukup menyeronokkan kerana masih terdapat banyak kafe dibuka sehingga jam 3 pagi.
“Bila kami pergi ke Ipoh, vibe di sini sangat seronok. Ada kafe yang buka sehingga 3 pagi, ada kucing di lantai, kami hanya minum kopi di sini dan menikmati masa kami,” ujarnya.
Katanya, situasi itu sangat berbeza dengan di UK yang kebiasaannya dipenuhi dengan orang mabuk di tepi jalan pada lewat malam.
“Kalau orang Malaysia ke sana, mungkin mereka rasa seperti berada di zoo. Tapi di sini (Malaysia) sangat tenang dan menyeronokkan. Terima kasih Malaysia, negara ini sangat cantik,” katanya lagi.
Selain itu, pelancong tersebut turut memuji keramahan rakyat Malaysia yang dianggap tidak ‘reckless’ serta mudah mesra dengan pengunjung luar.