Viral
Pelanggan Kena Kemas Bilik Hotel Sendiri
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun lalu rata-ratanya digunakan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan rapat.
Namun, percutian seorang individu yang bernama Aira ini malang kerana bertukar tragedi yang menyakitkan hati.
Menerusi perkongsian di laman Twitter, Aira meluahkan rasa bengang apabila servis hotel yang didudukinya di Cameron Highland, Pahang sangat tidak memuaskan.
Menurut gadis itu, bilik yang ditempahnya tidak dikemas dan terpaksa dilakukan sendiri walaupun ketika itu sudah jam 11.30 malam.
"Nova Hotel Cancel. Seumur hidup. Tak pernah lagi check in hotel kena tukar cadar sendiri.
"Tukar sarung bantal sendiri. Kemas bilik. Buang sampah orang duduk sebelum ni.
"Kami sampai kul 10 malam tadi. Hotel bagi alasan bilik belum kemas. Suruh pergi bilik dulu. Tunggu.
"Tunggu sampai 11.30malam. Bilik masih belum kemas. Pergi lobi buat aduan. Berderet pelanggan lain kena masalah sama. Tak apa la kami kemas sendiri," luahnya.
Tambah Aira, dia sudah meminta kembali bayaran namun didakwa tidak ada dalam polisi pemulangan hotel.
"Semalam RM480 . Ambil dua hari. Tak apa la. Esok check out balik je. Hotel paling seram pernah check in.
"Kenapa tak refund ja? Dah minta. Depa cakap tak ada polisi pemulangan. Pengurus duduk belakang takut kena maki," tulisnya lagi.
Menerusi pemerhatian Gempak, terdapat pengunjung lain yang turut mengalami situasi yang sama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada yang meminta masalah ini dilaporkan kepada pihak yang berkenaan untuk diambil tindakan.
Perkongsian yang dibuat pada Sabtu lalu telah mendapat 7,500 kicauan (retweet) dan hampir 4,700 tanda suka (likes).